Thursday, 8 September 2016

Mee Rebus Tulang ZZ

Assalamualaikum..

Beberapa hari lepas, nurul buat mee rebus tulang.. First time buat dan memang tak mengecewakan.. sedap serius sedap.. Selalunya kalau beli tulang, mesti nak buat sup je..  tapi sesekali kita ubah selera.. buat mee rebus tulang pula.. seperti biasa blog kak azlita masam manis lah tempat nurul mencari resepi.. terima kasih buat kak azlita yang berkongsi resepi sedap ni.. mana tau satu hari k azlita sampai kat blog picisan nurul ni.. 😊😊😊



Pada yang nak mencuba buat mee rebus tulang, resepinya nurul salin semula kat bawah ni.. tapi nurul tak ikut semua penambahan yang k ita buat pada resepi ni..

Mee Rebus Tulang ZZ
by Zainal Abdul Aziz
Pemilik Restoran ZZ Sup Tulang
Sumber : Buku Resepi Planta
Rujukan : K Azlita Masam Manis

Sup Tulang
Tulang lembu secukupnya
1bungkus rempah sup bunjut
5 ulas bawang dihiris
1 inc halia - dititik
1 inc kunyit - dititik
1 inc lengkuas - dititik
1 kiub daging
Garam secukup rasa

Cara-cara:
Mula-mula kita buat sup tulang dahulu.
Masukkan semua bahan ke dalam periuk dengan air yang secukupnya untuk merebus daging. Rebus tulang hingga daging empuk. Boleh juga jika nak tambahkan daging.

Bahan Rencah
3 biji ubi keledek saiz sederhana - direbus dan dikisar bersama air rebusan keledek tadi.
10 biji bawang kecil - dikisar
2 biji bawang besar - dikisar
5 ulas bawang putih - dikisar
1 inc halia - dikisar
1 inc kunyit hidup - dikisar
30 tangkai cili kering - dikisar, boleh kurangkan
3 sudu besar rempah kari daging
3 sudu besar udang kering - direndam lembut dan dikisar
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit gula melaka

Cara-cara:
Tumis bawang merah, bawang besar, bawang putih, halia, kunyit dan cili kering hingga garing dan naik bau.
Masukkan rempah kari dan udang kering dan tumis lagi hingga jadi rencah.
Masukkan keledek dan buarkan ia merenih.
Masukkan guka melaka, garam dan gula secukup rasa.
Kacau sebati dan biar kuah benar-benar masak.
Kemudian barulah masukkan sup tulang tadi. Hanya air rebusan tulang sahaja, bahan sup bunjut, halia, lengkuas, kunyit tadi jangan masukkan.
Akhir sekali masukkan tulang.
Biar kuah masak sempurna dan sedikit pekat.

Mee rebus tulang siap untuk dimakan bersama

Mee kuning
Tauhu goreng
Taugeh
Telur rebus
Daun sup dan daun bawang yang dihiris halus
Cili hijau dan merah dihiris
Taburan bawang goreng
Limau kasturi





Wednesday, 7 September 2016

Puding Jagung dengan Sos Kastard

Assalamualaikum..

Dah lama tak bersiaran, tetiba keluar resepi je.. Atas permintaan beberapa orang rakan, nurul update resepi kat blog ni je yee..


Puding jagung ni buat minggu lepas lagi.. Boleh makan camtu je, tapi anak anak lebih suka makan dengan sos kastard.. Jom tengok resepi nya.. Resepi ni nurul dapat dari pembalut tepung hoen kwee tu tapi dah diubah sikit atas citarasa sendiri.. Haha, pandai-pandai je kan ubah resepi..


Puding Jagung dengan Sos Kastard

Bahan bahan:
1 tiub tepung hoen kwee (kuning) -boleh juga guna 1 cawan tepung kastard ye..
2 cawan susu cair
2 cawan air
1 cawan gula - boleh kurangkan sikit kalau tak nak manis sangat.
1 tin jagung krim

Bahan bahan untuk sos kastard:
1 tin susu cair
2 sudu gula perang
1 sudu tepung kastard
1 tin buah-buahan campuran (lagi sedap kalau ada)

Cara-cara untuk buat puding jagung:
1. Satukan semua bahan bahan dalam periuk. Kacau berterusan & masak atas api perlahan sehingga pekat dan adunan nampak macam meletup-letup.
2. Padamkan api. Masukkan adunan tersebut kedalam mould @ loyang yang sesuai. Biarkan suam seketika dan sejukkan dalam peti ais.

Cara cara untuk buat sos kastard:
1. Satukan semua bahan-bahan dalam periuk kecuali buah-buahan campuran. Kacau atas api perlahan sehingga kuah pekat sedikit dan tutup api.
Biarkan suam seketika dan sejukkan dalam peti ais.

SELAMAT MENCUBA..



Friday, 3 June 2016

Salam Jumaat

Assalamualaikum...


Moga dipermudahkan segala urusan kita hari ini, dibukakan pintu-pintu rezeki dan segala pintu kebaikan buat kita semua...
Aminn...
😊

Countdown for ramadhan - 3 days to go
Pejam celik pejam celik tinggal 3 hari sahaja lagi kita akan bertemu dengan bulan ramadhan..
Selamat menyambut bulan ramadhan yang bakal menjelma dan salam jumaat...




Thursday, 26 May 2016

Jalan-jalan petang Isnin

Assalamualaikum...

Petang Isnin aritu sekolah agama Damia & Sofia cuti sempena hari nisfu syaaban... Kebetulan pula en suami pun bercuti, jadi kami plan nak pergi jalan-jalan sambil carik baju raya... kalau ada yang berkenan, terus beli... kalau takde pun, hujung minggu pula pegi cari.. lagipun saja nak bawa anak2 ni jalan... sabtu ahad baru ni en suami kena kerja, so bertapalah kami 6 beranak dok rumah hari cuti...

Tempat yang kami tuju sekitar Mutiara Damansara..
Macam dah takde tempat lain, ye dak...
Pegi time weekdays cam ni senang, parking pun banyak, lengang je... Senang bawak anak ramai2 nih.. Kalau tak mata kena tumpu pada aisy je... suka menyeljnap budak tu... risau nurul, kadang rasa nak je ikat pegang dia... πŸ˜…πŸ˜…

Dah masuk The Curve, en suami ni ajak pi Ikea dulu...
Ikea lagi!!!!
Haha, baru je pegi jumaat lepas...
Saja suka nak jelajah Ikea, cuci mata... πŸ˜†


Eisya bergambar kat tempat yang sama... Jumaat aritu pakai baju biru...Sampai situ, terus je bgtau mama, "Mama..mama.. haritu kakak amik gambar kat sini kan... Mama ambik lagi gambar kakak kat sini" Alamak, nak amik gambar, dia pulak tengok orang...

Memang betul kami cuci mata je, tak beli apa pun... sebab plan asal nak carik baju raya je...


Turun bawah, pi queue pulak nak beli karipap & aiskrim...Time ni tengah tunggu en suami...
Nasib baby dhia behave je... mungkin tadi dah kenyang bf sblm sampai sini...


3 orang anak dara nurul... 


Tengok!!! Baby dhia pun nak jugak makan aiskrim... bagi rasa sikit2 je bolehla...


Kalau dah sampai Ikea ni, mesti try karipap ni ye... sangat sedapp... 
Dulu time keje, kadang tu ada masa petang pi sekejap Ikea semata2 nak tapau karipap... Minum petang kat opis... Opis dulu dekat ngan Ikea... 5 minit je... yang susahnya bila balik, nak carik parking pula pusing banyak kali.. Tetiba rindu pula suasana  bekerja...


Keluar Ikea, ronda The Curve pula...
Kalau masuk sini, anak2 suka singgah tengok ikan koi ni...
Singgah jap 10 minit kat sini...
Si baby dhia teruja tengok ikan koi yang banyak2 ni...


Aisy ni susah betul nak ambik gambar dia... nipun dapat belah tepi je... xde pun nak tengok kamera... penat je tau mama ni panggil2...


Nipun lagi satu tempat kena singgah dalam The Curve ni... layankan aja anak2, bagi diorang happy... dapat main 15 minit je pun dah okay...
Tengoklah, xde orang lain selain kami je kat situ...
Betul2 lengang weekdays ni...


Last pic Damia dan baby... Damia pula tak tengok kamera...

Plan asal tak jadi... tak banyak choice lagi... kena tunggu puasa baru ada kat sini...
Yang ada pun tak berkenan pulak...
Cuma belikan baju tuk Eisya dan baby Dhia je kat Anakku...
Next week laa kita carik pula...
😊😊😊









Wednesday, 25 May 2016

Wordless Wednesday #24

Assalamualaikum...

   
Craving cheese tart, so kita buat dia...
Atas permintaan anak dan mamanya pun sama juga, buat sendiri memang berbaloi sangat.. puas makan..
😊😊😊